Perbezaan-Antara-Domain-Dan-Hosting-Sebagai-Pemula-Untuk-Membina-Laman-Web

Apa itu domain dan hosting ? Bagi yang baru berjinak-jinak untuk membuat laman web ataupun mereka yang ingin menggunakan laman web sebagai platform mereka, pasti ada diantara mereka yang keliru, apakah perbezaan bagi domain dan hosting ?

APAKAH ITU DOMAIN?

Domain dengan kata yang mudah faham adalah url utama website kita. Sebagai contoh blog saya ini. Bila orang bertanya, Apa nama website? Maka saya akan berikan nama website saya adalah www.kelasblogwebsite.com. Jadi alamat website saya ini adalah nama domain.

Domain jika boleh diberikan perumpamaan, ia ibarat alamat rumah kita. Manakala hosting pula diibaratkan sebagai rumah. Setiap rumah wajib ada alamat supaya posmen dapat hantar surat & orang boleh menjumpai rumah kita. Maka kedua-duanya saling berkait rapat. Jika selepas ini ada orang bertanya apa itu domain? Maka anda sudah boleh menjawabnya dengan tepat.

Level Domain

Domain ada beberapa level iaitu:-

  1. Top level domain (TLD)
  2. Second level domain (SLD)
  3. Third level domain

Top Level Domain (TLD)

Deretan di belakang nama domain. Contoh .com/ .net/ .org/ .edu dan sebagainya. Ada dua jenis TLD iaitu Global Top Level Domain (gTLD) seperti yang disebutkan tadi dan juga Country Code Top Level Domain (ccTLD) yang dikhaskan untuk negara masing-masing. Contoh .com.my/ .net.my

Second Level Domain (SLD)

Nama domain yang didaftarkan. Dalam kes saya nama domain saya adalah kelasblogwebsite. Maka kelasblogwebsite adalah SLD, manakala .com adalah TLD.

Third Level Domain

Third level domain ini adalah seksyen kepada nama domain. Ia diletakkan sebelum second level domain. Sebagai contoh jika mengambil domain kelasblogwebsite.com kemudian di depannya ditambah seperti blog.kelasblogwebsite.com maka itu adalah third level domain. Atau bahasa mudah ia adalah sub domain. Di dalam syarikat third level domain ini biasanya digunakan untuk pembahagian jabatan-jabatan. Contohnya hr.syarikat.com, it.syarikat.com

APA ITU HOSTING?

Seperti yang dimaklumkan, hosting boleh diibaratkan seperti rumah. Di dalam rumah ada bermacam-macam perabot dan semua barang-barang kita terletak dan disimpan di dalam rumah. Begitu juga dengan hosting. Ia adalah tempat di mana semua fail, maklumat dan database disimpan. Dah mula faham apa itu hosting?

Ia adalah tapak kepada laman web anda dimana di sinilah laman web anda akan ditempatkan. Ingat, untuk ada alamat kena ada rumah. Jadi untuk ada sebuah laman web, anda perlu ada hosting sekali.

Hosting pula ada bermacam-macam jenis iaitu:

  1. Shared Hosting
  2. VPS Hosting
  3. Dedicated Hosting
  4. Cloud Hosting

Similar Posts