Antara-Sebab-Kenapa-Setiap-Usahawan-Perlukan-Laman-Web-Untuk-Memajukan-Perniagaan

Banyak sebab kenapa laman web masih diperlukan dalam bisnes. Antaranya:

Internet ada di mana-mana

Pada tahun 2021, semakin banyak syarikat telco yang menyediakan data internet. Bahkan syarikat telco sedia ada pula menaiktaraf sistem data internet mereka kepada yang lebih laju dan lebih murah.

Tambahan pula, internet boleh diakses di mana sahaja dengan menggunakan telefon pintar tanpa perlu mengadap komputer atau laptop.

Jadi, potensi untuk mencapai pengguna atau prospek melalui internet tersangat tinggi.

Laman web adalah premis digital anda yang lebih murah

Dalam apa jua bisnes, dengan adanya premis sendiri akan menambahkan keyakinan pelanggan. Namun, premis fizikal seperti kedai atau shop lot memerlukan kos pengurusan yang tinggi seperti sewa, utiliti dan sebagainya. Memiliki laman web ibarat anda memiliki premis perniagaan secara digital dengan kos yang lebih rendah dan lebih mudah dicapai oleh sesiapa sahaja tak kira masa.

Walaupun masing-masing memiliki pro dan kon, memiliki kedua-duanya adalah jalan terbaik. Tetapi jika bajet terhad, digalakkan memiliki premis digital yang profesional supaya dapat meyakinkan prospek dan pelanggan.

Laman web profesional akan menaikkan kredibiliti bisnes

Apabila disebut premis perniagaan, sudah tentu penampilannya memainkan peranan penting dalam mewujudkan padangan dan tanggapan positif pelanggan. Contohnya, premis fizikal seperti kedai, jika dihias dan disusun dengan teratur, pelanggan lebih suka dan selesa untuk datang selalu.

Begitu juga premis digital laman web, penampilan yang profesional akan meningkatkan kredibiliti perniagaan seterusnya meningkatkan kepercayaan pelanggan.

Jenama dan maklumat bisnes mudah dikawal

Laman web akan memudahkan anda membina jenama dan mengawal maklumat bisnes ada. Jika ada perubahan atau anda mahu membuat perubahan, hanya perlu log masuk ke laman web dan sunting apa yang perlu.

Jika terdapat ulasan dari pihak pelanggan, anda mampu mengawalnya kerana laman web itu adalah milik anda sendiri.

Mudah untuk dikemaskini

Berbanding menggunakan media sosial atau laman web iklan yang lain, anda boleh kemaskini laman web anda mengikut kehendak dan citarasa anda sendiri.

Kos pemasaran lebih murah dan lebih berkesan berbanding pemasaran tradisional

Sudah tentu kos pemasaran premis digital adalah lebih murah berbanding premis fizikal.

Dengan wujudnya premis digital, anda boleh menggunakan pemasaran digital atas talian untuk mendapatkan pelanggan dengan mudah dengan kos yang lebih rendah berbanding pemasaran tradisional.

Milik anda, anda boleh lakukan apa sahaja

Anda boleh lakukan apa sahaja pada laman web anda sendiri.

Samada mahu mengubahsuai paparan web, menambah blog, menaiktaraf sistem web atau ingin menambah produk atau penampilan produk atau sistem agen yang boleh menambahkan lagi keuntungan bisnes anda.

Dengan teknologi laman web sekarang, anda boleh lakukan apa sahaja untuk memaksimumkan keuntungan.

Mudah untuk ditemui oleh pelanggan sedia ada atau pelanggan berpotensi

Bukan sahaja semua orang dapat melihat bisnes anda di laman web anda, tetapi mereka juga boleh berinteraksi dengan anda menerusinya.

Melalui e-mel, borang hubungi, buku tamu dan aplikasi sembang, anda boleh bercakap dengan pelanggan dari serata dunia, mendapatkan maklum balas mengenai produk dan perkhidmatan baru anda, atau juga pesanan beribu-ribu batu jauhnya.

Dan orang mungkin datang ke laman web anda dari semua tempat yang berbeza, menggunakan enjin carian atau Peta Google.

Pelanggan boleh datang tak kira masa, 24 jam sehari

Dengan adanya laman web, pelanggan boleh melihat produk atau servis bisnes anda tanpa perlu mengganggu anda. Mereka boleh melihatnya tidak kira waktu, 24 jam sehari.

Tanpa laman web, anda mungkin terhad untuk melayan pelanggan pada waktu pejabat sahaja. Dan capaian pelanggan juga mungkin terhad.

Anda mampu bersaing dengan jenama besar

Sudah banyak jenama baru yang berjaya menjadi pesaing kepada jenama terkenal hanya melalui laman web.

Dengan teknik pembinaan laman web dan pemasaran digital yang betul, bisnes anda mampu bersaing dengan jenama terkenal.

Mudah untuk mengumpul dan menyimpan database prospek dan pelanggan

Di laman web, anda boleh meletakkan borang untuk membolehkan pelawat memasukkan maklumat seperti nama, emel dan nombor telefon.

Cara ini akan memudahkan anda mengumpul database prospek yang melawat laman web anda seterusnya lebih mudah untuk ditukar menjadi pelanggan.

Similar Posts