Berdasarkan kepada Facebook Pusat Ekonomi Digital PEDi Lenggong, ada aktiviti yang menarik diadakan di dalam musim cuti sekolah ini. Ianya adalah satu aktiviti yang amat baik untuk mengisi masa lapang pelajar- pelajar sekolah semasa sesi percutian sekolah. Pusat Ekonomi Digital PEDi Lenggong telah menawarkan satu kelas percuma kepada pelajar- pelajar sekolah yang berminat untuk menambah pengetahuan anak- anak mereka mengenai ilmu ICT (Information & Communication Technology). Wujudnya Pusat Ekonomi Digital PEDi Lenggong dilihat mampu untuk memberikan satu platform kepada rakyat di sekitar lenggong bagi menambah pengetahuan di dalam ilmu ICT.
Berdasarkan posting di Pusat Ekonomi Digital PEDi Lenggong:
Kepada ibubapa yang nak hantar anak-anak untuk join class ICT sempena cuti sekolah boleh Whatsapp details ke 012-5234649 / 016-4555905. Sijil penyertaan akan diberikan di akhir kelas.
Berikut adalah beberapa gambar yang dipaparkan di dalam facebook Pusat Ekonomi Digital PEDi Lenggong.


Kepada ibu bapa di kawasan sekitar Lenggong, adalah disyorkan untuk mengambil peluang ini bagi menghantar anak- anak mereka untuk mempelajari ilmu- ilmu ICT yang amat berguna di masa hadapan. Jangan sesekali menidakkan kepentingan ilmu- ilmu ICT ini yang dapat membantu mengembangkan anak- anak kita menghadapi cabaran teknologi digital di masa hadapan.

























































































































