kelas-kursus-bengkel-seminar-pemasaran-internet-bina-website

Perkembangan pemasaran digital (digital marketing) semakin berkembang di Malaysia.  Kebanyakan daripada kita sidah mula sedar tentang pentingnya melebarkan sayap dan pengaruh mereka di dunia maya.

ini termasuklah melakukan jualan dan mengembangkan pengaruh brand perniagaan. Dari situ SEO memainkan peranan penting kepada pemasaran anda. Persoalannya apa itu SEO?

Apa itu SEO?

Search Engine Optimization atau turut dikenali sebagai SEO adalahproses dan teknik bagi mendapatkan trafik secara percuma menerusi laman carian yang berada di pasaran seperti Google, Yahoo, Bing, Yandex dan banyak lagi. Sebagaimana namanya, SEO adalah sebahagian daripada cara kerja enjin pencari itu sendiri bagi memahami apa yang di cari oleh pengguna atas talian.

Apa yang pengguna cari bersama kata kunci (keyword) dan kandungan yang dimahukan membantu anda sebagai penyedia kandungan untuk berhubung dengan mereka menerusi penyelesaian masalah yang berkesan. Terdapat 2 cara untuk memastikan laman web anda memasuki laman hasil carian yang turut dikenali sebagai Seatch Engine Result Page (SERP).

Pertama adalah menerusi kaedah berbayar untuk anda dipaparkan dilaman utama. Kedua adalah menerusi kaedah organik iaitu implementasi keperluan SEO dan ianya percuma tanpa memerlukan anda mengeluarkan satu sen pun. Penyedia kandungan (content) seperti saya (mungkin juga anda ) akan cuma mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh enjin pencari bagi memenuhi permintaan pengguna mereka.

Ini demi memastikan pengguna enjin pencari mendapat maklumat yang tepat seperti mana mereka mahukan kandungan terbaru dan releben pula adalah satu bonus. Menerusi artikel atau laman web yang telah diopyima, enjin pencari akan mula mengakses maklumat yang disediakan oleh kita menerusi algoritma yang telah diprogramkan oleh mereka.

Algoritma itu bertanggungjawab untuk mencari maklumat yang paling berguna berdasarkan kepada kata kunci pertanyaan, kesesuaian, lokasi dan ketetapan.

 

Mengapa pentingnya SEO?

Gaya hidup masa kini mula berubah. Enjin carian telah menjadi sebahagian daripada hidup kita. Ingatkah anda suatu ketika dahulu jika anda tidak pandai memasak, siapakah agaknya yang anda akan tanya tentang resepi?

Sudah semestinya ibu atau orang yang pakar tentang masakan sekitar kita.

Tapi kini orang menggunakan alternatig yang lebih mudah di mana mereka bertanya kepada google tentang sesuatu resepu. Malahan ianya tidak terhad kepada resepi, sebaliknya pelbagai perkara yang kita boleh cari.

Jangan pelik kalau orang google tentang cara memasang mentol, orang nak tahu tentang spesifikasi telefon bimbit, cara-cara  memikat wanita dan mencari maksud apa itu SEO.

Pelawat yang datang ke laman web anda memerlukan penyelesaian kepada permasalahan mereka. Anda sebagai penyedia kandungan pula menyediakan jawapan buat masalah mereka. Maka terbinalah hubugan anatara 2 pihak.

Apakah Kesan Baik SEO.

Ianya boleh menjadi ejen keuntungan kepada penyedia kandungan. Antaranya:

  • Jumlah pelawat yang mengunjungi laman web anda akan bertambah. Anda akan merasa lebih dihargai apabila penulidan anda dikongsi.
  • Anda boleh mengaut keuntungan daripada beberapa bahagian. Antaranya menerusi iklan, advertorial, penjualan produk, affiliate dan sebagaimua.
  • Anda boleh mewujudkan menerusi penghasilan kandugan yang berkualiti dan diakui ramai.

Bagaimana SEO berfungsi?

Terdapat pelbagai cara yang digunakan oleh enjin pencari untuk mengakses laman web anda. Disebabkan enjin pencari yang berbeza juga turut mempunyai cara yang berbeza, elok kiranya saya fokus kepada satu sahaja iaitu Google Searh Engine. Jadi bagi memberi gambaran lebih lanjut, terdapat 3 cara utama yang biasa digunakan oleh Google bagi memproses maklumat. Antaranya ialah:

  1. Crawl (merangkak)
  2. Index (indeks)
  3. Rank (Kedudukan)

Apakah yang dimaksudkan dengan crawling, indexing dan ranking ini? Jom kita lihat satu persatu tentang bagaimana laman web carian berfungsi

CRAWLING (MERANGKAK)

Crawlling adalah proses penting dalam mengakses kandungan berkualiti. Enjin pencari akan menghantar robot (program komputer) untuk menjelajahi dunia internet berdasarkan pautan dan memeriksanya sama ada ia wujud atau tidak. Program komputer ini turut dipanggil sebagai crawler (perayap) atau spider (labah-labah).

Bagaimana web crawker ini berfungi?

Jika sesebuah laman web sudah pernah dijelajahi oleh web crawler ini, kebiasaannya web crawler akan datang kembali

Similar Posts