Rata-rata kini ramai berkecimpung ke arah dunia digital seperti dunia Blogging dan Youtube. Ini kerana platform ini ternyata dapat menghasilkan pendapatan sampingan daripada Google Adsense selain daripada kerja hakiki kita. Tetapi ada juga mereka yang menghabiskan masa mereka atau full-time bersama Blog dan Youtube.
Cara mereka dapatkan atau jana pendapatan adalah melalui perkhidmata pengiklanan Google Adsense. Kalau di blog ini, jika anda lihat ada iklan berada di kanan, itu adalah iklan daripada advertiser menggunakan khidmat Google dan Google menumpang blog ini sebagai published. Setiap klik pastinya memberi pulangan kepada tuan blog.
Bila Google Bayar Anda Melalui Adsense
Perkara penting dalam dunia pendapatan Adsense ini, anda kena tahu, untuk melayakkan anda menerima pembayaran atau buat cashout ke akaun bank, anda perlu capai Payout Threshold iaitu USD100.Selepas itu barulah Google akan bayar anda. Untuk semak anda boleh pergi ke akaun Adsense > Payment

Pembayaran adalah dibuat secara bulanan. Jadi anda hanya menerima bayaran Adsense sebulan sekali sahaja iaitu dihujung bulan. Jadi pastikan anda mengumpul $100 sebelum pertukaran bulan.
Bermula 1 hari bulan sahaja, wang terkumpul selama sebulan akan kembali 0 dan wang tersebut akan disimpan terlebih dahulu jika payout thresholdnya masih belum capai. Jika sudah lebih $100 anda sudah layak untuk buat cashout. Tiada permohonan dibuat, ianya dilakukan secara automatik.

Jadi pihak Google akan notify anda setiap bulan melalui email Adsense anda untuk memberi tahu dimana pembayaran sudah dibuat (issued) iaitu daripada Google ke akaun bank yang telah anda daftarkan. Selepas 1-5 hari, duit Adsense tersebut akan terus masuk ke akaun bank secara automatik.
Jika anda buat pertama kali menerima Adsense, anda dapatlah emel daripada Google. Seleepas beberapa hari duit anda masuk akaun bank. Sangat mudah! yang susah hanya tunggu payout threshold sahaja. Semoga bermanfaat untuk anda.
Syarat-syarat untuk anda kekal mendapatkan wang dari Google Adsense adalah:
Seperti sedia maklum bahawa google akan bayar seyelah akaun adsense anda mencapai jumlah minimun $100. Jika akaun anda masih tidak sampai $100, ia akan dibawa ke bulan seterusnya. Jadi jangan risau, anda tidak akan kehilangan wang anda jika anda jujur dengan adsense. Anda akan kehilangan wang anda jika anda melanggar terma dan syarat google.
Ini adalah antara sebab anda di tendang atau di ban oleh google.
- Jangan klik ads sendiri
 - Jangan ubah kod adsense
 - Jangan menyuruh orang klik ads kita.
 - Jangan letak ads pada laman web yang mempunyai perkara lucah, perkauman, perjudian dan banyak lagi.
 - Kalau google hubungi anda, segera membalasnya. Biasanya jika anda melanggar TOS atau mereka merasa ragu-ragu tentang akaun anda mereka akan hubungi anda.
 - Jangan guna software untuk ads samada klik atau sebagainya.
 - Jangan campur adsense dan pengiklan lain seperti Yahoo dan sebagainya.
 

























































































































