Terdapat pelbagai cara yang digunakan oleh enjin pencari untuk mengakses laman web anda. Disebabkan enjin pencari yang berbeza juga turut mempunyai cara yang berbeza, elok kiranya saya fokus kepada satu sahaja iaitu enjin carian Google.
Jadi bagi memberi gambaran lebih lanjut, terdapat 3 cara utaman yang biasa digunakan oleh google bagi memproses maklumat. Antaranya ialah:
- Crawl (merangkak)
 - Index (indeks)
 - Rank (kedudukan)
 
Apakah yang dimaksudkan dengan crawling, indexing dan ranking ini? Baiklah mari kita lihat satu persatu tentang bagaimana laman web carian berfungsi.
Crawling
Walaupun sebutannya agak hodoh dalam bahasa melayu, namun ini adalah proses penting dalam mengakses kandungan berkualiti. Enjin pencari akan menghantar robot (program komputer) untuk menjelajahi dunia internet berdasarkan pautan-pautan dan memeriksanya sama ada ia wujud atau tidak. Program komputer ini turut dipanggil sebagai crawler (perayap) atau spider (labah-labah).
Bagaimana web crawler ini berfungsi?
Jika sesebuah laman web sudah pernah dijelajahi oleh web crawler ini, kebiasaannya web crawler akan datang kembali jika sesebuah laman web itu sudah pernah dirayap. Jika anda laman web baru pula, ada artikel atau laman web lain menyertakan sekali laman web anda. Maka laman web akan dirayap juga.
Penting bagi sesebuah laman web untuk menyediakan sitemap, iaitu senarai muka yang terdapat di sesebuah laman web. Sitemap yang kemas dan tersusun membantu web crawler tadi untuk mengakses kandungan baru yang terdapat di laman web anda.
Kandungan baru juga tidak hanya terhad kepada paparan penulisan laman web sahaja, sebaliknya gambar, fail pdf, video atau apa sahaja yang dimuat naik di laman web turut dirayap oleh web crawler.
Indexing
Sebelum proses ini berlangsung, enjin pencari akan memberikan satu senari url yang perlu dikunjungi oleh web crawler yang turut dikenali sebagai list of seeds. Web crawler akan merayak ke semua url tersebut mengenalpasti semua pautan yang terdapat pada laman web dan masukkan pada senarai yang bakal dikunjungi.
Menerusi bantuan pangkalan data (database) dan sitemap yang ditemui pada rayapan yang lepas, web crawler akan tentukan url mana akan dikunjungi selepas ini. Selesai sahaja rayapan pada laman web anda, urusan seterusnya adalah urusan indeks.
Perlu anda ingat, hanya kerana laman web anda berjaya ditemui dan berjaya dirayap, tidak bermakna enjin carian perlu menyimpannya dalam indeks mereka. Analisis terhadap kandungan page anda perlu dilakukan bagi memastikan sama ada ia releven atau tidak untuk dimasukkan.
Jika didapati artikel anda releven dan fresh, maka ia akan dimasukkan dalam sistem indeks google yang turut dikenali sebagai caffeine, panhkalan data terbesar didunia yang menyenaraikan senarai url yang pernah dirayap oleh web crawler.
Caffeine ini merupakan satu sistem indeks yang diperkenalkan sejak June 2010 oleh Google bagi menggantikan sistem indeks lama dan ianya masih digunakan sehingga ke hari ini. Jadi pastikan anda mematuhi kehendak semasa SEO bagi memberi impak yang lebih baik kepada laman web ada.
Ini kerana Caffeine ini menjanjikan kemaskin yang pantas jika anda melakukan kemaskini kepada artikel lama disamping kapasiti simpanan data yang tinggi dan fleksibel (indeks segala macam jenis format).
Rangking (kedudukan)
Pada tahun 2018, Google telah melakukan kemaskini algoritma secara besar-besaran yang diberi nama sebagai “the medic update”. Persoalannya kenapa?
Pemprosesan jutaan hasil carian baru pada setiap hari benar-benar memerlukan google untuk menyediakan mekanisma untuk menyedikana maklumat yang tepat kepada pengguna. Ini menyebabkan Google melakukan kemaskini kepada kaedah indexing mereka supaya mereka dapat menyekat maklumat yang kurang tepat dan berasal daripada sumber yang kurang dipercayai. Siapa yang terkesan?
Sudah semestinya mereka yang menulis tentang isi kandungan kesihatan. Kandungan kesihatan yang tidak tepat akan memudaratkan sesiapa yang membacanyya. Disebabkan itulah indikator kredibiliti penyedia kandungan menjadi salah satu faktor pemarkahan dalam SERP.
Selain daripada itu, penulisan tentang kewangan dan keselamatan juga antara niche yang paling berkesan ketika kemaskini tersebut.
Disebabkan oleh permasalahan ini, Google telah mewujugkan acronim YMYL atau nama panjangnya “your money pr your life” dan EAT yang merujuk kepada “expertise, autgority and trustworhiness.”
Kenapa YMYL dan EAT?
Menerusi kemaskini itu, Google sedang memberi signal kepada penyedia perkhidmatan tentang kepedulian mereka. Mereka ini bukan sahaja mencari informasi yang releven, sebaliknya juga informasi yang betul dan tepat.
Bagi Google, penyediaan informasi yang tidak tepat mempunyai potensi yang kurang baik kepada pengguna daripada segi kebahagian, kesihatan dan kekayaan. Dalam erti kata lain, kandungan artikel yang berkualiti rendah yang akan memudaratkan pengguna. Malahan ia juga dimasukkan di dalam “the Google Search Quality Evaluator Guidelines” yang menjadi panduan kepada penyedia kandungan internet bagi mendapatkan kedudukan yang baik di enjin pencari.
Apa kena mengena pula dengan ranking?
Sudah semestinya jika artikel yang anda sediakan berkualiti tinggi, maka anda mendapat kedudukan yang tinggi di enjin pencari jika anda mengamalkan konsep EAT dan YMYL.
Pembaca agak kekal lama dan merasakan artikel anda berguna. Kena ingat kedudukan anda dalam enjin pencari sangat penting kerana ia menyumbangkan sesuatu.
Menurut Backlinko yang telah melakukan analisis terhadap 5 juta hasil carian di Google tentang klik organik yang dilakukan pada tahun 2019, mereka mendapati hasil klik organik pada laman web yang menduduki ranking pertama adalah 31.7% lebih 10 kali ganda berbanding di ranking 10.
Katanya lagi, laman web yang berada di kedudukan 7-10 tidak mempunyai perbezaan yang ketara jika kedudukan berubah. Namun jika anda berada di atas kedudukan nombor 7 ke atas di laman pertama Google, setiap perubahan kedudukan membawa perbezaan jlik hampir 30.8%
Tajuk, penerangan meta (meta description) memainkan peranan di samping teknik penulisan yang tepat. Ini sedikit sebanyak mempengarugi ranking anda di SERP. Algoritma yang telah ditetapkan Google tetap akan menilai berapa lama pengguna berada di laman web anda. Jadi selamat mencuba.
Kenapa SEO penting kepada laman web?
Dalan dunia pemasaran, terdapat 2 hal yang anda perku titik beratkan iaitu Search Engine Optimisation (SEO) dan Seacrh Engine Marketing (SEM). Saya tidak akan terangkan secara mendalam tentang SEM pada artikel kali ini.
Namun apa yang saya dapat simpulkan adalah SEO ialah pemasaran laman web anda yang dapat dilakukan secara organik atau dalam erti kata lainnya adalah percuma, manakala SEM pula teknik pemasaran internet yang memerlukan anda untuk mengeluarkan bayaran.
Saya ada menerangkan juga dalam artikel ini bagaimana SEO ini memerlukan masa kerana ia melalui proses yang panjang. Jika pembayaran dapat mempercepatkan pengguna untuk mencari laman web anda, mengapa tidak sahaja kita fokuskan kepada SEM berbanding SEO?
Sudah semesti disebabkan oleh kesan yang berpanjangan. Sampai bila anda ingin membayar untuk berada di muka depan enjin pencari. Jika ada kaedah yang percuma untuk anda berniaga atau melakukan pemasaran, buat apa anda perlu bayar untuk hasil yang sama bukan?
Kesimpulannya
Dalam artikel ini, saya tunjukkan kepada anda tentang apa itu SEO, bagaimana ia berfungsi dan kelebihannya. Kesemuanya melinatkan tenik dan mempunyai helah yang tersendiri yang mungkin pembaca biasa tidak perasan. Jika anda lihat kebanyakan laman web korporat diluar sana, pasti mereka mempunyai blog. Ianya menjadi satu trend kepada mereka semua untuk memastikan pautan mereka dikemaskini dan terus diindeks. Kenapa ia berlaku? Ini kerana kesedaran SEO.
Mereka bekalkan maklumat yang bermanfaat kepada pembaxa, mereka mendaoat ranking yang baik di Google. Lagipun SEO percuma. Yang anda perlukan cuma masa untuk membuat tetapan yang terbaik yang mesra SEO.
Saya cuma sehabis baik untuk menulis secara ringkas tentang apa itu SEO. Saya faham mungkin di antara anda agak asing dan mula bertatih dalam mempelajari teknik yang betul. Tidak mengapalah, belajarlah sedikit demi sedikit. Mungkin pengetahuan itu boleh membantu anda dalam mengembangkan perniagaan atas talian atau personal brand di alam maya.

























































































































