Setiap orang di dalam kehidupannya tidak akan lari dengan cabaran serta dugaan. Kadang apabila ditimpa masalah kita akan mengambil jalan untuk menyendiri. Terkadang masalah yang datang itu bukan bermakna tiada jalan penyelesaian, tetapi mungkin akan mengambil sedikit masa untuk diselesaikan.
Jadi, sewaktu anda ditimpa masalah atau dugaan sebaiknya anda sentiasa positif. Tapi, bagaimana cara untuk terus kekal positif lebih-lebih lagi dalam situasi anda sedang berhadapan dengan pelbagai masalah?
Mungkin dengan beberapa cara yang bakal dikongsikan ini akan dapat membantu anda untuk terus kekal positif:
Masalah yang datang, ingat ini semua dari Allah
Segala dugaan atau ujian yang datang itu adalah qada’ dan qadar daripada Allah SWT. Ini kerana segala apa yang terjadi telah diaturkan oleh Allah SWT. Oleh itu, sentiasa minta pertolongan daripada Allah. Mengadu dan luahkan apa sahaja dalam doa.
Buangkan segala jenis penyakit hati
Antara sebab yang menjadi kita kurang untuk berfikiran secara positif adalah kerana penyakit hati. Penyakit hati juga dikaitkan dengan sifat riak, ujub, sombong, dengki dan sebagainya. Oleh itu, apabila berhadapan dengan masalah dan sebagainya elakkan daripada mengekalkan penyakit hati ini dalam diri.
Apabila anda terus mengekalkan penyakit hati dalam diri maka anda begitu sukar untuk menerima nasihat atau pandangan daripada orang lain. Sedikit sebanyak menghalang anda untuk berfikiran secara positif. Jadi untuk mengelakkan penyakit hati menguasai diri, sebaiknya bersihkan hati anda.
Apabila ditimpa masalah, banyakkan bertanya yang positif pada diri
Serba tidak kena apabila ditimpa masalah. Mungkin juga pelbagai pertanyaan yang negatif sering anda utarakan dalam diri. Apabila anda berada dalam keadaan stress maka anda akan mudah untuk menimbulkan pertanyaan negatif walaupun anda tahu kadang-kadang masalah yang timbul bukan berpunca dari anda sendiri.
Untuk sentiasa positi anda cuba tukarkan pertanyaan negatif kepada positif. Contohnya,
Praktikkan cara seperti ini. Mudah-mudahan anda akan sentiasa bersangka baik dengan diri sendiri.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Rahsia kejayaan
    	
























































































































