Cabaran-Usahawan-Dalam-Menghadapi-Perniagaan-Secara-Digital
Untuk menjadi usahawan yang berjaya khususnya dalam perniagaan digital sudah pasti pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi. Situasi sama akan dihadapi sekiranya berhadapan dengan perniagaan secara atas talian atau online. Walaupun berniaga secara online mempunyai banyak kelebihan yang tersendiri tetapi anda sebagai usahawa perniagaan digital seharusnya mengambil tahu berkenaan cabaran dalam perniagaan online. Antara cabaran yang dihadapi termasuklah:

Meraih kepercayaan dan keyakinan pelanggan

Bukan mudah untuk meraih kepercayaan para pelanggan untuk membeli jualan anda. Ini kerana terdapat segelintir pelanggan yang masih beranggapan bahawa mereka akan ditipu oleh peniaga melalui online. Selain itu, gambar yang tidak jelas juga akan menyebabkan pelanggan kurang berminat untuk membeli produk anda.

Kesukaran memasarkan produk

Dalam menjalankan perniagaan secara online anda perlu meluangkan masa untuk membuat Facebook marketing atau Instagram. Sekiranya anda kurang masa untuk membuat marketing di dalam laman Facebook dan Instagram secara tidak langsung akan menyukarkan anda untuk mencari pelanggan. Tanpa pemasaran yang teratur akan menjadikan produk anda kurang dikenali ramai.

Melayan karenah pelanggan

Saya percaya dan cukup pasti peniaga yang menjalankan secara atas talian akan berhadapan dengan pelbagai ragam pelanggan. Dalam situasi seperti ini, anda sebagai peniaga perlu banyak bersabar dalam melayan karenah pelanggan. Ini kerana setiap pelanggan mempunyai ragam yang berbeza-beza, ada yang ok dan ada juga yang kadang kala sangat cerewet. Jadi, bersabarlah.

Menguruskan kewangan

Masalah ini sering kali timbul sekiranya peniaga menggunakan akaun perodbadi sebagai akaun urusan dengan pelanggan. Oleh yang demikian, secara tidak sengaja anda akan terpakai duit dari hasil jualan sendiri. Untuk mengelakkan masalah seperti ini terjadi anda perlu bijak dalam menguruskan kewangan.
Similar Posts