Boleh dikatakan, setiap hari ada sahaja laman web bisnes baru yang dibina, selari dengan pendaftaran syarikat baru di SSM yang boleh dikatakan berlaku setiap hari.
Namun, mengikut statistik anggaran, lebih kurang 70% laman web bisnes tidak diperbaharui selepas setahun dibina.
Apakah puncanya?
Antara sebabnya ialah pemilik bisnes tidak tahu memaksimumkan laman web sebagai medium untuk menjana keuntungan.
Berikut adalah faktor-faktor yang menyebabkan sesebuah laman web gagal memberi pulangan:
1. Tidak fokus SEO
SEO atau singkatan bagi Search Engine Optimization (Pengoptimuman Enjin Carian) adalah salah satu kaedah untuk memastikan laman web kita berada pada senarai teratas pada enjin carian seperti Google.
Jika kita kuasai teknik ini dan berjaya berada pada senarai teratas dan muka pertama dalam carian, bisnes kita sangat berpotensi untuk mendapat pelanggan yang berkualiti dan ramai.
Namun, kebanyakan laman web bisnes dibina tidak menekankan keperluan SEO.
2. Tidak melabur dalam pemasaran digital online
Apabila anda membina laman web baru, agak sukar untuk orang menemuinya pada carian Google apatah lagi pada media sosial jika kita tidak berusaha mempromosikannya.
Jadi, jika anda mahu prospek menjumpai laman web anda dengan cepat, anda perlulah menyediakan bajet untuk mempromosikannya melalui pemasaran atas talian seperti Adwords dan FB Ads.
Bagi laman web, pengiklanan menggunakan Adwords adalah lebih berkesan berbanding FB Ads. Namun, masing-masing ada pro dan kon. Anda yang perlu merancang dengan lebih baik untuk menggunakan kedua-duanya.
3. Info tidak jelas
Info bisnes yang tidak jelas kebiasannya terjadi pada laman web yang dibina pada harga murah. Pembina laman web akan membuat berdasarkan pulangan servis yang mereka bagi.
Apabila pelanggan melawat laman web itu, pelanggan keliru dengan bisnes yang dibuat oleh syarikat berkenaan.
Info perniagaan yang tidak jelas. Kandungan berterabur. Kandungan tidak sampai maksud.
4. Gambar tiruan
Bisnes di Malaysia, tetapi gambar dalam laman web adalah Mat Saleh.
Bagaimana anda mampu meyakinkan prospek jika itu gambar yang anda paparkan dalam laman web anda?
Gunalah gambar asli. Lebih baik gambar dari bisnes ada sendiri.
5. Tiada testimoni
Kebanyakan manusia hari ini membeli setelah dia melihat ulasan atau testimoni daripada orang lain yang pernah menggunakannya.
Tanpa testimoni, prospek menjadi was-was untuk membeli produk atau servis anda.
6. Pemasaran Chips More
Pemasaran tidak berterusan, sekejap ada sekejap tak ada, seperti tagline Chips More suatu masa dulu.
Lihat sahaja jenama besar seperti KFC, Mc Donald dan sebagainya, walaupun mereka sudah menguasai pasaran seluruh dunia, mereka tidak pernah berhenti melakukan pemasaran.
Jadi, apakah bisnes anda yang kecil ini tidak perlu untuk membuat pemasaran berterusan?
Itulah punca laman web kita gagal memberi pulangan.
7. Tiada CTA
Apa itu CTA?
CTA ialah ringkasan bagi Call To Action (menyuruh pelanggan bertindak segera).
Kebanyakan laman web tidak meletakkan CTA yang mendorong pelawat bertindak membuat belian segera tanpa berlengah.
8. Tidak up to date
Apakah anda rasa apabila sesuatu kedai masih mempamerkan produk yang mempunyai tarikh luput pada 2010?
Mungkin anda rasa kurang selesa, dan mungkin anda tidak mahu lagi ke kedai itu bukan?
Begitu juga laman web.
Setiap seminggu atau sebulan, anda perlu kemaskini laman web anda supaya pelawat melihat bisnes anda up to date. Ini akan menambahkan keyakinan pelanggan dengan bisnes anda.
9. Tidak mengikut trend semasa
Perlu diingat, manusia membeli kerana emosi.
Trend semasa mempengaruhi emosi kebanyakan prospek untuk membeli.
Tetapi tidak banyak laman web yang menggunakan trend semasa untuk meningkatkan jualan.
10. Mengharapkan keajaiban tanpa usaha
Ini masalah kebanyakan pemain bisnes.
Apabila mereka membuka premis fizikal, mereka berusaha mengiklankan premis fizikal berkenaan dengan meletakkan papan tanda, mengedar flyers, dan berabagai lagi cara iklan untuk menarik pelanggan.
Apabila mereka membina laman web, mereka hanya mengharapkan laman web itu dicari oleh pelanggan tanpa usaha untuk menarik ramai pelawat ke laman web mereka. Ibarat mereka mengharapkan keajaiban berlaku.
Akhirnya mereka tidak nampak laman web mampu menjana keuntungan kepada bisnes mereka.
11. Tidak responsif
Kebanyakan pelawat menggunakan telefon pintar untuk melayari internet.
Laman web tidak mengambil kira saiz skrin telefon pintar menyebabkan pengguna kurang selesa melayari laman web mereka.
11. Faktor lain
Banyak lagi faktor lain yang menyumbang kepada gagalnya laman web menjana keuntungan kepada bisnes.
Faktor-faktor yang ditulis di atas adalah antara faktor yang biasa berlaku dan perlu diatasi segera.
Jika laman web anda mempunyai ciri-ciri yang ada di atas. Perbaiki laman web anda sebelum perniagaan anda secara atas talian ini terjejas. Laman web adalah merupakan faktor utama pelanggan akan mencari untuk mengetahui prestasi dan perkembangan perniagaan anda.

























































































































