Faktor-Utama-Untuk-Mengatasi-Risiko-Dalam-Sesebuah-Perniagaan

Sebagai usahawan, kita tidak lari daripada membuat perancangan, sama ada perancangan jangka pendek mahupun jangka panjang. Melalui perancangan, usahawan mengharapkan segala yang dirancang akan memberi hasil seperti yang diharapkan. Namun demikian, kadangkala keputusan yang diperolehi tersasar daripada perancangan awal yang dibuat.

Usahawan harus mempunyai satu sifat yang terpuji iaitu sifat bersedia menghadapi segala risiko. Sifat untuk menerima sebarang risiko dalam perniagaan merupakan satu cabaran yang sangat kuat. oleh itu, pengurusan risiko adalah sangat digalakkan kepada usahawan supaya dapat menghadapi sebarang risiko dengan lebih tabah dan berkeyakinan. Persoalan yang selalu bermain difikiran aku semasa menceburkan diri salam dunia perniagaan diantaranya ialah:

  • Apakah risiko yang bakal akan dihadapai dan perniagaan sekali?
  • Bagaimanakah cara untuk menguruskan risiko?
  • Apakah terdapat strategi yang terbaik untuk mengatasi risiko dan perniagaan?

1. Kenal pasti risiko perniagaan

Jika usahawan gagal untuk mengenal pasti risiko yang bakal dihadapi dalam perniagaan, usahawan itu akan menghadapi kesukaran dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.

Oleh itu perkara yang utama yang perlu usahawan laksanakan adalah dengan mengadakan perbincangan bersama-sama dengan para pekerja , pasukan perniagaan, rakan perniagaan dan juga sesiapa yang terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam perniagaan yang dijalankan. Perbincangan ini dibuat adalah untuk mendapatkan pandangan serta maklumat daripada perspektif yang berbeza-beza. Melalui perbincangan ini juga, usahawan bakal satu maklumat yang berguna yang dapat menjangkakan risiko yang bakal dihadapi dan memberikan usahawan ini gambaran awal untuk lebih bersedia dengan langkah2 kontigensi.

2. Senarai risiko mengikut keutamaan

Seterusnya, usahawan perlu menyenaraikan risiko-risiko yang bakal dihadapai dalam menjalankan perniagaan. Ketika penyenaraian ini, usahawan digalakkan untuk menyenaraisemak melalui dua kriteria yang dilihat iaitu dengan menjangkakan kebarangkalian risiko berlaku dan kesannya kepada perniagaan. Untuk meletakkan kedudukan pada risiko ini adalah bergantung kepada jenis perniagaan dan industri yang diceburi. Usahawan dan juga pasukan perniagaan sendiri perlu menganalisa dan mengenalpasti risiko yang perlu diberi perhatian dan penekanan yang perlu diutamakan.

3. Hindari risiko

Andaikata usahawan telah meletakkan 30 potensi risiko yang bakal dihadapi, usahawan perlu mangambil keputusan mengenai risiko yang boleh dihindari dengan mengambil satu langkah proaktif yang terawal. Seperti kata pepatah melayu ” Sediakan payung sebelum hujan “. Dengan tindakan sedimikian aku yakin bahawa sebagai usahawan sesiapapun boleh menghadapi dan menghindari risiko secara yakin dan konsisten.

Kesimpulannya

Usahawan yang menjalankan perniagaan sememangnya mudah terdedah denga pelbagai risiko dalam perniagaan. Ia banyak bergantung kepada kepakaran dan juga keinginan usahawan untuk memperjuangkan perniagaan yang telah diceburi. Di dalam bidang yang aku sedang ceburi dan hadapi sekarang, Oleh itu menjadi sebahagian inspirasi aku untuk membangunkan lebih ramai usahawan yang berjaya pada masa hadapan.

Ramai yang mengatahui perniagaan yang bagus dan memberikan rezeki yang banyak tetapi ramai juga di antara mereka yang masih mempunyai perasaan takut, ragu2 tidak bersemangat serta mudah mengalah sekiranya menghadapi rintangan dan risiko dalam perniagaan. Bagi aku, faktor kejayaan kritikal (critical sucsess factor) dalam perniagaan hanya ada tiga kriteria iaitu manusia atau usahawan itu sendiri, kaedah yang digunakan dan juga pelanggan yang merupakan nadi dalam perniagaan. Ketiga-tiga kriteria ini diberi penekanan yang serius dalam pembangunan usahawan.

Sumber: Hairil Hazlan

Similar Posts