Dunia internet yang semakin meningkat hari ini membuka banyak peluang untuk dapat menjana wang dari Internet. Salah satu cara yang paling popular hari ini adalah dengan menyertai Google AdSense. Mungkin salah seorang daripada anda tidak tahu tentang apa itu Google AdSense?
Sejarah Google AdSense
AdSense muncul setelah Google membuat pengambilalihan Pyra Labs pada Februari 2003, sebulan kemudian, pada 4 Februari 2003, melalui Ketua dan Ketua Pegawai Eksekutif Google pada masa itu mengumumkan munculnya perkhidmatan iklan baru dari Google yang disebut AdSense. Untuk meningkatkan perkhidmatan pengiklanan di AdSense sebulan kemudian Google memperoleh teknologi dari Semantik Terapan untuk memaksimumkan kerja AdSense dengan lebih baik.
Hingga kini, AdSense mempunyai 2 jenis akaun untuk penerbitnya, iaitu versi AdSense yang dihoskan untuk platform Youtube dan AdSense untuk laman web yang tidak dihoskan.
Apa itu Google Adsense?
Secara asasnya Google Adsense adalah sejenis iklan yang disediakan oleh Google di mana mereka berkongsi pendapatan mereka dengan webmaster atau pemilik laman web yang meletakkan iklan google di laman web mereka. Google akan membayar setiap klik yang membawa traffic kepada pelanggan mereka. Dengan kata lain, Google membayar klik yang melalui google adsense untuk meninggalkan laman web anda.
Jangan keliru dengan Google adword di mana ia adalah untuk pengiklan. Mereka akan membayar setiap traffic yang dibawa ke laman web mereka melalui google adsense.
Ia senang. Setiap pelawat laman web anda klik iklan Google yang diletak di laman web anda, anda akan dapat duit. Lebih banyak klik anda dapat, lebih banyak duit yang anda akan dapat.
Adsense disediakan agar senang dibaca, ia berdasarkan text, tidak mengganggu pelawat laman web anda, tidak menenggelamkan apa yang ingin sampaikan di laman web anda. Sebenarnya, anda pernah melihatnya dan pernah klik pada adsense tersebut dan tanpa disedari pemlik laman web mendapat duit dari klik yang anda buat.
Jangan takut untuk klik iklan adsense, anda sebenarnya membantu merancak lagi perkembangan perniagaan di internet dengan klik adsense tersebut. Ini adalah kerana lebih ramai pengiklan akan membuat pelaburan mereka untuk iklan. Seara tidak langsung, kita sebagai pelawat atau pengguna dapat membuat duit dari pelaburan yang dibuat orang lain dengan adsense.
Anda boleh meletakkan kod adsense setiap page laman web anda. Anda boleh meletakkan sehingga 3 kod adsense dalam satu page. Google akan tentukan iklan yyang akan keluar pada laman web anda. Ia akan berdasarkan berkenaan servis kredit atau pinjaman atau apa sahaja. Google akan memaparkan iklan yang berkenaan dengan laman web anda.
Berapa banyak yang akan anda dapat?
Anda akan dibayar dari $0.10 sehingga $50 bagi setiap klik. Ia bergantung kepada keyword tertentu. Lagi tinggi pengiklan bid untuk klik iklan atau laman web mereka, lagi tinggi anda dapat. Lagi tinggi nilai keyword tersebut, lagi tebal poket anda dengan google adsense.
Anda sudah nampak bayangan google adsense ini bagaimana? Sampai sini sahaja keterangan ringkas mengenai google adsense. Di masa akan datang admin akan kongsikan tips dan pantang larang google adsense ini. Anda yang sudah ada laman web tetapi tidak ada google adsense. Anda boleh daftar akaun google adsense secara percuma. Dan anda yang lainnya hendak belajar bagaimana untuk membina website dengan hanya menggunakan wordpress. Singgah laman web http://www.kursus-wordpress.com untuk mengetahui kursus membina website wordpress yang yurannya yang sangat berbaloi dan anda boleh mempelajari secara hands on dari tenaga pengajar yang sangat pakar dalam dunia internet marketing ini.

























































































































