Perkembangan pemasaran digital (digital marketing) kian berkembang di Malaysia. Kebanyakan daripada kita sudah mula sedar tentang pentingnya melebarkan sayap dan pengaruh mereka di dunia maya.
Ini termasuklah melakukan jualan dan mengembangkan pengaruh brand perniagaan. Dari situ, SEO memainkan peranan penting kepada pemasaran anda.
Mari kita kaji apa itu SEO.
Apa itu SEO?
Search Engine Optimization atau turut dikenali sebagai SEO adalah proses dan teknik bagi mendapatkan trafik secara percuma menerusi laman carian yang berada di pasaran seperti Google, Yahoo, Bing, Yandex dan banyak lagi. Sebagaimana namanya, SEO adalah sebahagian daripada cara kerja enjin pencari itu sendiri bagi memahami apa yang di cari oleh pengguna secara atas talian.
Apa yang pengguna cari bersama kata kunci (keyword) dan kandungan yang dimahukan membantu anda sebagai penyedia kandungan untuk berhubung dengan mereka menerusi penyelesaian masalah yang berkesan. Terdapat 2 cara untuk memastikan laman web anda memasuki laman hasil carian yang turut dikenali sebagai Search Engin Results Page (SERP).
Yang pertama adalah menerusi kaedah berbayar untuk anda dipaparkan di laman utama. Yang kedua adalah menerusi kaedah organik iaitu implementasi keperluan SEO dan ianya percuma tanpa memerlukan anda mengeluarkan satu sen pun. Penyedia kandungan (content) seperti saya (mungkin juga anda) akan cuma mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh enjin pencari bagi memenuhi permintaan pengguna mereka.
Ini demi memastikan pengguna enjin pencari mendapatkan maklumat yang tepat seperti mana mereka mahukan. Kandungan fresh dan relevan pula adalah satu bonus. Menerusi artikel atau laman web yang telah dioptima, enjin pencari akan mula mengakses maklumat yang disediakan oleh kita menerusi algoritma yang telah diprogramkan oleh mereka. Algoritma itu bertanggungjawab untuk mencari maklumat yang paling berguna berdasarkan kepada kata kunci pertanyaan, kesesuaian, lokasi dan ketetapan.
Mengapa pentingnya SEO?
Gaya hidup masa kini mula berubah. Enjin carian telah menjadi sebahagian daripada hidup kita. Ingatkah anda suatu ketika dahulu jika anda tidak pandai memasak, siapakah agaknya yang anda akan tanya tentang resepi?
Ibukan?
Tapi kini orang menggunakan alternatif yang lebih mudah di mana mereka bertanya kepada Google tentang sesuatu resepi, Malahan ianya tidak terhad kepada resepi, sebaliknya segala macam hal.
Jangan pelik kalau orang Google tentang cara memasang mentol, orang nak tahu tentang spesifikasi telefon bimbit, cara-cara memikat wanita dan mencari maksud apa itu SEO. Bak kata pak cik Astro, macam-macam ada.
Apa kesan baik SEO
Ianya boleh menjadi ejen keuntungan kepada penyedia kandungan. Antaranya:
- Jumlah pelawat yang mengunjungi laman web anda akan bertambah. Anda akan rasa lebih dihargai apabila penulisan anda dikongsi.
 - Anda boleh mengaut keuntungan daripada beberapa bahagian. Antaranya menerusi iklan, advertorial, penjualan produk, affiliate dan sebagainya.
 - Anda boleh mewujudkan jenama kepada diri dan produk. Kredibiliti dapat diwujudkan menerusi penghasilan kandungan yang berkualiti dan diakui ramai.
 
Sumber: azmirshah

























































































































