Pemasaran Digital (Digital Marketing) kini menjadi satu kemestian untuk pemilik perniagaan kecil mahupun besar. Jika dulu dilihat pemasaran secara online ini hanya untuk menjual produk digital, kini tidak lagi.
Pemasaran Digital jika dibandingkan dengan pemasaran melalui radio atau televisyen kosnya adalah jauh lebih murah. Hasilnya juga lebih menguntungkan.
Terima kasih kepada perkembangan teknologi yang begitu pantas terutamanya dengan adanya telefon pintar. Akses kepada internet bukan lagi suatu yang asing.
Terdapat pelbagai cabang dalam melakukan pemasaran secara atas talian (online). Ada percuma dan ada juga yang berbayar. Pastinya yang berbayar akan memberikan hasil yang lebih cepat dan pantas.
MEMBUAT PENGIKLANAN FACEBOOK
Untuk lankah permulaan tidak perlu mempunyai website dahulu pun tidak mengapa cukup dengan membina sebuah facebook page untuk produk @ perniagaan anda. Buat page jangan sekadar ala kadar. Pastikan facebook page perniagaan anda penuh dengan informasi tentang produk atau servis yang anda tawarkan.
Masukan gambar dan cover yang menarik untuk membina keyakinan kepada bakal pembeli yang anda sebenarnya serius untuk menjual. Masukan post dengan copywriting yang menarik untuk menarik peminat. Seterusnya, lakukan pengiklanan (Fb Ads) untuk menjual produk anda.
BUAT LAMAN WEB
Untuk kembangkan lagi perniagaan anda, bina laman web untuk memberikan kepercayaan dan info lanjut berkenaan produk atau servis anda.
Dengan adanya laman web anda juga dapat kembangkan lagi peluang untuk mendapatkan pelanggan apabila laman web anda tersenarai di carian google.
Jika anda seorang pemilik perniagaan dan tidak mempunyai asas dalam membina laman web, boleh mengupah orang lain untuk membina laman web anda tetapi perlu dititikberatkan kos untuk mengupah orang dalam membina laman web perniagaan. Oleh kerana proses dalam membina laman web sudah mudah dengan adanya CMS dan wordpress ini akan membantu anda dalam membina laman web anda dengan mengambil kursus pembinaan laman web adalah langkah yang paling baik. Anda boleh buat sya urvey kursus yang yuran yang berpatutan saya cadangkan http://www.kursus-wordpress.com
Dengan adanya website, anda juga dapat membina ecommerce anda sendiri dan pelbagai fungsi yang ada untuk memudahkan pemasaran digital perniagaan anda.
OPTIMASI ENJIN CARIAN (Search Engine Optimization – SEO)
SEO berkaitan rapat apabila anda mempunyai website sendiri. Google tidak akan senarai laman web anda secara automatik tanpa anda memberitahu kepada google akan kewujudan website anda.
Tidak perlu khuatir, terdapat pelbagai plugin dan alat untuk membantu kita melakukannya dengan mudah. Kayakan laman web anda dengan SEO kerana SEO ini membantu untuk naikkan kedudukan laman web anda di carian Google.
BUAT IKLAN GOOGLE
Kini dikenali sebagai Google Ads – tidak dapat tidak ia perlu dikuasai untuk melakukan pengiklanan digital secara menyeluruh. Pemasaran ini juga dikenali sebagai Search Engine Marketing (SEM) dimana bayaran iklan dikira berdasarkan nilai setiap klik.
Pengiklanan menggunakan Google Ads memerlukan anda mempunyai laman web sendiri. Menggunakan laman blog percuma seperti blogspot juga boleh tetapi adalah disarankan menggunakan nama domain sendiri.
CARA UNTUK MELAKUKAN COPYWRITING
Copywriting adalah salah satu unsur yang paling penting dalam pemasaran digital yang berkesan. Copywriting adalah seni dan sains yang menyampaikan kata-kata strategik (sama ada bertulis atau bercakap) yang boleh mempengaruhi tindakan bakal pelanggan.
Jadi tidak hairanlah dikatakan Copywriters adalah sebahagian daripada penulis paling menjana pendapatan tinggi di dunia.
Copywriting tidak sahaja pada penulisan di laman web, ia juga perlu untuk membuat posting-posting di facebook.
CARA UNTUK MELAKUKAN PEMASARAN EMEL
Pemasaran melalui emel antara pemasaran yang dari dulu dan kini masih berkesan. Mungkin ramai menganggap tidak ramai orang untuk membaca emel tetapi ramai otai-otai masih menggunakannya.
Pemasaran melalui emel selalunya lebih sinonim digunakan oleh mereka yang menjual produk-produk yang berkaitan internet marketing.
Ia kurang popular untuk mereka yang menjual produk fizikal. Kurang popular tidak membawa maksud tidak berkesan mungkin kurang perdedahkan diberikan di Malaysia.
Saya boleh sarankan boleh guna autoresponder dalam membuat berita atau informasi perniagaan dalam penggunaan emel.
Sumber: mazuki blog

























































































































