KEGUNAAN LAMAN WEB
Mengikut kajian yang dilakukan oleh adologi, hampir separuh daripada semua perniagaan kecil tidak mempunyai laman web, Antara sebab utama hal ini berlaku adalah kerana salah satu daripada berikut: kekurangan wang, kekurangan masa atau kedua-duanya.
Oleh itu, di artikel kali ini memaparkan 9 sebab anda patut membina laman web untuk perniagaan kecil anda.
LAMAN WEB BOLEH MEMPAMERKAN PRODUK ANDA
Kehadiran anda dalam dunia internet membolehkan pelanggan anda meneroka produk atau perkhidmatan anda terlebih dahulu sebelum melakukan pembelian. Ini juga membantu pelanggan anda terlebih dahulu sebelum melakukan pembelia. Ini juga membantu pelanggan anda mengetahui akan semua perkhidmatan dan produk yang anda tawarkan. Sebagai contoh, pelanggan yang mencari kasut kanak-kanak yang melayari laman web anda akan melihat yang perniagaan anda juga menjual kasut dan aksesori wanita.
Namun jika pelanggan yang melintas keddai fizikal anda mungkin tidak sedar mengenai perkara ini. Kebanyakan pelanggan memilih melayari website untuk mencari sesuatu produk sebelum membuat perjalanan ke kedai untuk membelinya.
LAMAN WEB MERUPAKAN MEDIA PENGIKLANAN BERKESAN
Bagaimana anda mengiklan perniagaan anda sekarang? Adakah anda menggunakan risalah, mel atau cara lain? Kaedah ini sering merumitkan pelanggan dan jarang sampai kepada pelanggan pada masa yang diperlukan. Tetapi apabila seseorang pelanggan mencari anda melalui google, terdapat peluang baik yang mereka mempunyai sesuatu keperluan dan inginkan anda atau perniagaan anda memenuhinya. Selain itu, tiada cara pengiklanan yang lebih kos efektif daripada laman web, terutamanya jika seseorang mencari laman web anda melalui carian “organik” kerana tiada sebarang kos dikenakan kepada anda atay perniagaan anda. Namun demikian, membuat laman web dan mengoptimakan laman web tersebut memerlukan pelaburan awal yang akan mendatangkan keuntungan berlipat ganda jika dilakukan dengan cara yang betul dan konsisten.
MEMBINA LAMAN WEB SENDIRI AMAT MUDAH
Membina laman web sendiri adalah lebih mudah daripada apa yang anda fikirkan, terutamanya jika anda menggunakan perisian yang betul. Jika anda boleh menggunakan Microsoft Word dan Powerpoint anda sudah tentu boleh menggunakan perisian pembina laman web untuk membuat laman web yang kelihatan profesional dalam masa yang singkat. Namun demikian, jika anda benar-benar tidak mempunyai masa, anda boleh mengupah pereka laman web profesional. Tetapi anda dinasihatkan supaya berhati-hati kerana mengenakan bayaran yang tinggi namun tidak membuat kerja yang bernilai.
MELALUI LAMAN WEB, LEBIH MUDAH BAGI PELANGGAN UNTUK MENGESYORKAN ANDA.
Jika produk atau perniagaan anda adalah berbaloi, pelanggan anda akan mengestirkannya kepada rakan taulan mereka dengan gembira. Dalam dunia internet ini, seorang pelanggan boleh mengesyorkan anda melalui, emel, forum online, facebook dan lain-lain rangkaian sosial. Jika anda tidak membuat laman web anda akan kehilangan sumber rujukan yang sedang berkembang laju ini.
LAMAN WEB MEMBOLEHKAN PELANGGAN MENCARI PERNIAGAAN ANDA
Jika perniagaan anda sering mempunyai pelawat pada kedai atau pejabat anda, maka semasa membina laman web, anda boleh meletakkan arahan bagaimana mencari kedai atau pejabat anda menggunakan peta seperti peta google untuk memudahkan pelanggan anda.
LAMAN WEB MERUPAKAN SUMBER BAIK UNTUK MENJAWAB SOALAN PELANGGAN
Anda mungkin boleh memikirkan beberapa soalan yang sering ditanya oleh pelanggan anda. Soalan-soalan sedemkian adalah lebih baik dibawab dalam sebuah laman Soalan-soalan yang lazim ditanya (FAQ)
pada website anda. Selaintu, anda juga boleh memasukkan borang yang membolehkan pelanggan emel anda soalan-soalan lain atau memaparkan telefon anda dengan jelas jika anda memilih menerima pertanyaan melalui telefon.
LAMAN WEB MEMBOLEHKAN PRODUK ANDA DIJUAL SECARA ONLINE
Jika produk anda adalah sejenis yang boleg dihantar, tiada sebab anda tidak boleh menubuhkan kedai yang beroperasi secara online. Melalui langkah ini anda bleh meningkatkan jumlah pelanggan anda dan sebuah laman web juga boleh anda meningkatkan perniagaan anda ke peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
LAMAN WEB MEMBOLEHKAN ANDA BERKOMUNIKASI DENGAN PELANGGAN
Komunikasi dengan pelanggan adalah penting jika anda ingi membina kesetiaan pelanggan. Namun demikian komuniakasi tidak semestinya memerlukan anda dan pelanggan bersemuka. Contohnya aplikasi internet seperti forum, blog, twitter, atau Facebook boleh dijadikan media komunikasi antara anda dan pelanggan anda. Jika anda merupakan pakar dalam sesuatu bidang, anda boleh membina laman web atau blog dan tawarkan nasihat atau sesetengah perkhidmatan secara percuma sebagai cara mempromosi produk atau perkhidmatan anda yang lain.
PENTING UNTUK MENDAPATKAN KEPERCAYAAN PELANGGAN
Memiliki laman web yang baik akan membuat anda kelihatan lebih profesional. Jika seorang pelanggan mencari perniagaan anda melalui Google dan mendapat laman web yang dibina melalui aplikasi internet percuma yang tidak disentuh oleh anda, sudah tentu mereka tidak akan mempercayai perniagaan anda. Memberikan pelanggan satu laman web yang direka secara professional dan kelihatan rapi akan lebih mudah menimbulkan kepercayaan mereka terhadap perniagaan anda.

























































































































