potensi-jana-pendapatan-dengan-hanya-membina-laman-web

Tidak dinafikan semakin hari semakin ramai yang bina laman web, tetapi adakah benar laman web boleh hasilkan pendapatan sampingan.

Namun, ada segelintir orang yang masih takut-takut terutamanya peniaga kecil dan sederhana (SME) untuk memiliki laman web sendiri kerana mereka sangkakan kos pembinaan sesebuah laman web itu tinggi.

Tak dinafikan memang kos pembinaan sebuah laman web ini boleh mencecah ribuan malah hingga ke puluhan ribu ringgit ke atas pun boleh jadi jika laman web di bina oleh syarikat profesional yang berpengalaman.

Tetapi, tak perlu risau kerana ada cara lain yang anda boleh buat untuk bina laman web anda sendiri. Cara penyelesaiannya, bina laman web anda sendiri. Nak dapatkan bimbingan bagaimana nak membina laman web anda sendiri, anda boleh layari laman web www.kursus-wordpress.com.

Bagi anda yang sudah memiliki laman web, kita teroka apakah potensi menghasilkan pendapatan melalui laman web.

Gunakan brand laman web anda sendiri untuk memasarkan dan menjual produk fizikal sama ada keluaran anda sendiri ataupun produk dropship.

Cara ini lebih sesuai untuk peniaga kecil dan sederhana ataupun ejen. Ejen dan stokis yang sudah ada produk dropship yang dijual. Cara ini lebih kepada nak membantu automasikan proses penjualan dan bantu kemaskan lagi struktur dan proses jualan berbanding cara manual dengan menggunakan whatsapp atau messenger.

Untuk yang baru nak mulakan perniagaan dan masih tercari-cari nak jual apa, mungkin cara ini kurang sesuai. Sebab proses nak buat kajian produk apa nak jual, “try and error” dan kajian produk apa yang boleh menghasilkan pendapatan dan ada permintaan akan mengambil masa.

Jika anda nak buat juga, admin sarankan anda untuk pilih nama domain website secara general. Kenapa pilih nama domain yang general? kerana jika anda perlu tukar produk dan mudah untuk anda susun atur semula laman web anda tiak perlu lagi nak beli domain baru yang specifik untuk produk baru yang anda nak jual.

Gunakan website anda untuk memasarkan dan menjalankan perniagaan berbentuk servis.

Jika anda mempunyai kemahiran tertentu seperti menulis, membina apps membuat terjemahan dan lain-lain, anda boleh jadikannya satu bentuk perkhidmatan di website anda. Secara tak langsung dengan membina laman web untuk servis dan perkhidmatan yang anda tawarkan, brand anda lebih mudah dijumpai bakal pelanggan dan lebih dipercayai.

Bina laman web berbentuk blog dan hasilkan pendapatan melalui laman web dengan menyertai program affiliate

Untuk cara ni anda perlu membina blog terlebih dahulu. Kalau tak ada niche yang spesifik, boleh pilih untuk hasilkan blog yang general. Cuma lebih baik jika anda dapat memilih niche dan membuat artikel serta mempromosikan produk affiliate dalam niche yang sama.

Selain boleh tambah kepercayaan pembaca, anda juga boleh nampak seperti tokoh kuasa dalam niche anda. Kalau sehari boleh dapat komisyen 2 hingga 3 angka hanya melalui komisyen affiliate dengan artikel di blog, best juga kan?

Bina website berbentuk blog niche untuk hasilkan pendapatan melalui website  dengan google adsense

Biasa dengar istilah sikit-sikit lama-lama jadi bukit? Lebih kurang kalau nak mulakan dengan google adsense ini. Google adsense ini anda boleh jadikan sebagai rakan kongsi anda kerana google adsense ini menyediakan iklan-iklan untuk anda selitkan di dalam laman web anda.

Apa nak buat, dah setup blog dan dah buat banyak posting baru tahu tentang perkara tersebut. Sekurang-kurangnya dapat ilmu baru.

Konsep income dengan adsense ni ialah anda hasilkan konten di blog anda, anda daftar dengan adsense dan lebih banyak pelawat berkunjung ke blog anda,anda akan dapat income melalui impression dan iklan adsense yang mereka klik di blog anda.

Kesimpulannya, hendak jana pendapatan sampingan dengan laman web akan jadi mudah sekiranya anda ada ilmu tentang laman web, sentiasa buat kajian dan cari kandungan yang menarik untuk para pembaca diluar sana. Dan anda boleh ikuti cara-cara yang admin beritahu kepada anda.

Selamat mencuba

Similar Posts