Kecenderungan-Perniagaan-Dalam-Era-Dunia-Teknologi-Digital-Kini

Hari ini ramai dalam kalangan ahli perniagaan dan para peneraju industri bersependapat; sekiranya kita atau perniagaan yang kita usahakan masih tidak ditemui di enjin carian, ia bermakna kita masih belum lagi betul-betul berniaga.

Kewujudan di ruangan digital seperti enjin carian sememangnya menjadi kewajipan sekiranya kita serius dalam membangunkan kerjaya atau perniagaan. Ia amat membantu dalam pelbagai aspek pemasaran dan prospektus jangka panjang yang mampan jika dimanfaatkan sebaiknya.

Terdapat pelbagai cara untuk kita cipta ‘visibility’ di enjin carian. Salah satu cara paling biasa adalah dengan mendaftar akaun media sosial seperti Linkedin, Facebook, Twitter dan Instagram. Namun atas semua itu, laman web adalah platform paling efektif dan berpotensi yang patut diutamakan.

Kenapa Laman Web Penting Untuk Pemasaran

Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian peribadi, saya mendapati ada dalam kalangan komuniti bisnes terutamanya SME, ‘startup’, peniaga ‘online’ dan peniaga kecil yang belum sedar kelebihan laman web berbanding akaun media sosial.

Ada juga dalam kalangan mereka berpendapat, laman web memerlukan kos dan komitmen yang tinggi. Ada yang hanya bergantung sepenuhnya pada akaun media sosial untuk membina prospek ‘online’ kerana dirasakan ia mudah dikendali, juga mampu menjana hasil atas perniagaan yang diusahakan.

Tak kiralah, sama ada anda seorang ahli perniagaan, profesional, usahawan, peniaga kecil atau agen jualan beroperasi di rumah atau individu yang berhasrat membina ‘visibility’ diri untuk pembangunan kerjaya, laman web mempunyai kelebihan yang jauh lebih besar dalam memperkasa reputasi diri, pemasaran dan perniagaan anda.

Manfaatkan Potensi Laman Web Untuk Pemasaran Dan Bisnes

Sememangnya penting untuk kita manfaatkan potensi laman web dalam pemasaran yang semakin berkembang pesat. Malah, setiap kita juga sebenarnya kini sudah perlu mempunyai satu laman web sebagai profil rujukan yang membantu pemerkasaan kerjaya dan profesional.

Anda boleh mulakan sebuah laman web dengan platform blog secara percuma, tetapi untuk kebaikan momentum jangka panjang kerjaya, pemasaran dan perniagaan, saya sarankan agar anda menggunakan platform Content Management System (CMS) dengan layanan hosting yang baik.

Anda juga boleh dapatkan khidmat pembangun laman web yang dipercayai sebagai satu pelaburan bijak dan kos efektif demi kebaikan kerjaya, perniagaan dan memperkasa landasan pemasaran yang strategik.

Memanfaatkan potensi laman web amat penting dalam dunia hari ini kerana ia adalah aset digital anda yang mampu menyokong pengukuhan diri, bisnes dan pemasaran yang lebih mampan.

Similar Posts