Membina laman web merupakan bukan perkara yang mudah. Segalanya lebih mudah sekarang kerana Sistem Pengurusan Kandungan (CMS) yang moden. Dengan menggunakan platform yang betul, anda akan dapat mengakses kepada fungsi yang akan menjadikan proses lebih mudah. Terdapat banyak CMS untuk dipilih,bagaimanapun masing-masing mempunyai kebaikkan dan juga keburukkan. Majoriti pengguna CMS memilih WordPress sebagai platform pilihan mereka dan menjadikan WordPress platform sebagai laman web paling popular di dunia. Berikut merupakan sebab mengapa kami mengesyorkan anda memilih wordpress sebagai tapak web anda.
Platform ini percuma. Perisian sumber terbuka adalah percuma, ini bermaksud anda boleh menggunakannya untuk pelbagai jenis projek yang anda inginkan, sama ada komersial atau sebaliknya. WordPress ini juga sesuai untuk semua jenis projek dan bukan hanya platform blog. Anda boleh menggunakan wordpress untuk mengembangkan perniagaan anda, membina kelas maya, mencipta forum, menjalankan platform media social atau menyediakan kedai dalam talian. Di samping itu, cara pengguna WordPress juga mudah untuk dipelajari walaupun anda tidak pernah berurusan dengan CMS atau tapak web yang dibina sebelum ini. Perkara yang menarik tentang WordPress ialah ia sentiasa mempunyai banyak cara yang boleh anda sesuaikan dengan platform.
Kesimpulannya, WordPress merupakan CMS yang paling sesuai untuk membina website. Kemudahan yang ditawarkan mengukuhkan lagi sebab untuk menjadi wordpress pilihan utama membuat website.

























































































































