Perlu diingat bahawa kos pemasaran digital menggunakan laman web sebenarnya lebih murah berbanding pemasaran tradisional.
Cuba anda bandingkan kos untuk membuat papan tanda tepi jalan dengan membina laman web.
Sudah tentu anda akan fikir lebih baik memiliki laman web.
Jadi, untuk memastikan laman web anda berjaya memberi pulangan kepada bisnes anda, berikut dinyatakan beberapa tips yang boleh anda buat:
1. Fokus kepada permintaan pasaran
Sebelum membina laman web, pastikan anda jelas permintaan pasaran pada bisnes anda.
Mengikut statistik, kebanyakan bisnes gagal kerana tidak tahu permintaan pasaran.
2. Nama mudah ingat
Pastikan nama domain laman web anda mudah diingati. Jangan terlalu panjang dan jangan buat orang keliru.
Lebih baik jika anda mampu mendapatkan nama yang ringkas, unik, mudah diingati dan belum ada orang guna.
3. Ringkas dan mesra pelanggan
Laman web mestilah mesra pelanggan.
Jika laman web anda adalah kedai online, pastikan pelanggan mudah untuk meneliti produk dan membuat tempahan.
Jika laman web anda adalah profil syarikat, pastikan maklumat jelas dan mudah untuk dilayari. Jangan terlalu banyak perkara yang tidak perlu sehingga mengelirukan.
4. Respon pantas
Jika anda meletakkan kotak sembang di laman web anda, pastikan anda memberi respon yang pantas jika ada pelanggan menghubungi anda.
Respon yang lambat menyebabkan pelanggan hilang mood untuk membeli.
5. Laju dan cepat memuatkan
Apabila pelawat membuka laman web anda, anda ada 11 saat untuk memastikan mood mereka tidak berubah.
Laman web yang perlahan boleh menyebabkan mood dan minat pelanggan berubah dan boleh menyebabkan anda kehilangan pelanggan.
6. Berada pada senarai teratas carian google
Sepertinya dinyatakan sebelum ini, SEO sangat memainkan peranan penting bagi memastikan laman web anda berada pada carian teratas di Google.
Kerana itulah kebanyakan laman web murah gagal berada pada senarai teratas kerana SEO tidak dimasukkan dalam pakej. Kos untuk memastikan SEO berkesan tidaklah murah.
7. Sentiasa update gambar terkini
Pelawat lebih teruja untuk melihat perkembangan terkini bisnes anda.
Jadi, pastikan gambar di laman web anda sentiasa dikemaskini dengan gambar terbaru sekurang-kurangnya sebulan sekali.
8. Sentiasa update testimoni terkini
Dengan adanya testimoni terbaru menunjukkan produk anda sangat berkesan untuk menyelesaikan masalah pengguna.
Pastikan anda mengemaskini testimoni terbaru sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Elakkan testimoni palsu.
Jika bisnes anda masih baru, sebaiknya buatlah pemberian percuma kepada pelanggan untuk mencuba dan dapatkan testimoni daripada mereka.
9. Tawaran menarik
Bagi menarik minat pelanggan dengan bisnes anda, sediakan tawaran menarik seperti jualan akhir tahun dengan diskaun, hadiah cabutan bertuah, free gift atau apa sahaja tawaran yang sesuai dengan bisnes anda.
Tawaran ini boleh dimasukkan dalam laman web, dan sistem ini boleh dibuat oleh pembangun laman web bagi mengautomasikannya.
10. Sistem referal, affiliate, stokis atau agen
Tahukah anda bahawa pengguna baru lebih cenderung untuk membeli produk yang dicadangkan oleh kenalan yang mereka percaya?
Sistem referal, affiliate, stokis atau agen boleh memudahkan anda mendapatkan pelanggan baru. Sistem ini boleh dimasukkan dalam sistem web anda melalui pembangun laman web yang mahir.
Kosnya mungkin sedikit mahal, tetapi pulangannya sangat tinggi dan kos pemasaran dapat dikurangkan.
Tambahan sekarang ini, semakin ramai untuk mencari pendapatan sampingan. Ini adalah peluang untuk anda mewujudkan sistem ini.
Jika anda masih mencari pakar untuk membina laman web dengan sistem agen, kami mencadangkan anda berurusan dengan Qaf Creative kerana mereka pakar dalam pembinaan laman web dengan sistem agen, dan hanya mengambil 2 tempahan laman web sahaja sebulan bagi memastikan kualiti laman web klien dapat diberikan dengan terbaik.
11. Video bisnes
Sejak kebelakangan ini video sangat mendapat sambutan di internet. Youtube semakin mendapat tempat di mata pengguna internet.
Jadi, anda juga perlu membuat video samada video tutorial atau penerangan berkaitan bisnes dan produk anda.
Video ini boleh dimuat naik di Youtube dan kemudian diletakkan di laman web anda. Pelawat yang datang ke laman web anda akan melihat video ini di laman web anda.
12. Pemasaran berterusan
Seperti yang telah dinyatakan, jenama besar juga sentiasa melakukan pemasaran berterusan.
Jadi, walaupun anda sudah mempunyai laman web, anda mestilah melakukan pemasaran berterusan.
Pemasaran meliputi beberapa fasa.
Untuk permulaan, pastikan anda melakukan pemasaran bisnes anda tertumpu kepada matlamat untuk memperkenalkan bisnes anda dahulu. Kerana orang akan yakin setelah mereka nampak bisnes anda lebih 33 kali.
Teknik pemasaran digital agak panjang untuk ditulis disini. Jadi, disarankan anda mencari mentor atau syarikat yang menyediakan khidmat pemasaran digital atas talian yang terbukti berkesan.
13. Ikut trend semasa
Apa trend semasa yang berlaku sekarang?
Untuk mengetahui trend semasa, anda perlu bersosial. Boleh lihat samada di media sosial atau youtube trend terkini yang menjadi tumpuan orang ramai.
Lakukan pemasaran di laman web anda mengikut trend semasa. Anda akan lebih mudah mendapat pelanggan dengan cara ini.
14. Paparan yang responsif
Paparan laman web perlulah responsif, iaitu berubah-ubah mengikut saiz skrin pengguna seperti telefon pintar, tablet dan laptop.
Paparan yang responsif akan memberi keselesaan kepada pelawat dan meningkatkan mood mereka untuk membeli.
15. Ulasan daripada pihak ketiga
Ulasan atau review pihak ketiga adalah antara jalan yang sangat berkesan untuk meningkatkan kredibiliti bisnes.
Kebanyakan pemilik produk lebih gemar menggunakan artis atau instafemous untuk review produk mereka.
Kosnya tidak murah, tetapi kelemahan menggunakan artis dan instafemous ini adalah produk anda hanya diulas dalam tempoh yang singkat dan pelanggan adalah tidak tersasar.
Pilihan lain ialah dengan mendapatkan khidmat ulasan berbayar (paid review) dari HabNiaga.com sendiri. Kos yang dikenakan sangat murah dan pelanggan boleh terus ke laman web anda.
Kesimpulannya, memiliki laman web bisnes ibarat anda memiliki premis digital. Jika anda belum memilikinya, pastikan ada membinanya. Apabila anda sudah memilikinya, pastikan premis digital anda diurus dengan betul bagi memastikan ia mampu menjana keuntungan berkali ganda kepada bisnes anda.
Jika anda nak belajar sendiri bagaimana membina laman web secara hands on dengan kos yang rendah, tiada masalah boleh singgah laman web ini http://www.kursus-wordpress.com untuk maklumat lanjut.

























































































































