Pernah tak mengalami situasi di mana semangat dan motivasi anda tiba-tiba hilang? Mula-mula bukan main lagi semangat, tapi bila lama kelamaan semangat pun semakin hari semakin pudar dan tak bersemangat lagi.
Jika anda pernah merasakan perkara yang sama, jadi hari ini saya nak kongsikan 5 perkara yang boleh anda buat setiap hari untuk kekal motivasi dan semangat untuk berjaya.
1. Jangan Lupa Untuk Bersyukur
Jangan lupa bersyukur setiap selepas bangun tidur. Bersyukurlah kita masih diberi peluang untuk bernafas dan meneruskan kehidupan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik daripada semalam. Rasa syukur membantu kita menjadi lebih positif dan bersemangat dalam menjalani kehidupan yang membuatkan kita selalu dekat dengan kebahagiaan.
2. Tulis Impian-Impian Anda
Listkan semua impian-impian di dalam satu kertas. Tulis besar-besar dan tampal dalam bilik anda, biar kita nampak apa impian-impian yang kita nak capai pada tahun ini dari kita hanya teringat-ingat dalam kepala seolah-seolah kita hanya berangan-angan kosong tanpa tindakan. Jika kita menulis, paling kurang kita sudah tetapkan hala tuju untuk diri kita sampai ke destinasi yang diimpikan. Jadi tulis lebih baik dan setiap kali anda tengok, ia akan kuatkan lagi semangat dan motivasi dalam diri untuk terus berusaha.
3. Membaca Kisah Kejayaan Orang
Selain membaca kata-kata semangat, anda juga boleh membaca kisah kejayaan orang berjaya. Kisah-kisah kejayaan mereka itu dapat memberikan inspirasi kepada kita. Seperti kisah kejayaan Koloner Sander, pengasas restoran segera iaitu Kentucky Fried Chicken (KFC), Mark Zuckerberg dan ramai lagi. Mereka juga antara orang yang tak pernah berhenti berusaha walaupun pernah banyak kali gagal. Tetap berusaha sehinggalah berjaya mencipta kejayaan. Jadi, bila kita baca kisah-kisah mereka, ia akan menaikkan semangat kita dan secara automatik kita akan terinspirasi dengan kisah-kisah kejayaan mereka.
4. Selalu Baca Kata-kata Semangat
Bacalah kata-kata semangat setiap pagi setiap hari supaya anda kekal bersemangat. Tatkala membacanya, semangat naik berkobar-kobar secara serta merta. Sekarang sudah ada banyak media sosial yang memaparkan kata-kata semangat seperti di Facebook, Instagram, Twitter dan macam-macam lagi. Dan bila anda rasa kecewa atau sedih, bila anda baca je kata-kata semangat tersebut, ia akan menaikkan semula semangat anda.
5. Tekad Bermotivasi
Niatlah di dalam hati yang anda mahu bersemangat sepenuhnya keesokan hari. Baca beberapa artikel motivasi atau kata-kata quotes dalam seminit dua. Secara automatik kita akan rasa semangat. Jangan biasakan diri mulakan hari anda dengan perkara negatif. Apabila mulakan hari dengan benda negatif, seluruh aura negatif akan ada dekat kita dan membuatkan kita rasa down dan tidak bersemangat.
Bagi anda yang ingin terus bermotivasi dengan laman web anda yang sedia ada, teruskan sentiasa mencari idea-idea dalam setiap penulisan blog anda di google trend dan jadikan google adsense sebagai pembakar semangat untuk jadi lebih bersemangat untuk terus menulis karya-karya anda. Ohh ya, google trend adalah tempat anda mencari idea tajuk-tajuk yang menjadi trending dan google adsense adalah google yang menjadi sebahagian daripada partner kita kerana kita meletakkan iklan-iklan di dalam laman web kita. Setiap kali pembaca klik iklan kita akan memperolehi pendapatan.

























































































































